Aku kopek sikit2 keruping luka di kaki.. berdesis dengan muka berkerut-kerut menahan nyilu.
"iskkk.... ssss.. adessss.... luka balik dah.."
Pantas mencapai tisu yang dah berbintik2 dengan darah dan nanah.. aku tekap luka yang kembali berdarah. Terbatal niat nak kopek keruping.
"Long.. kenapa kopek luka tu. Kan belum baik lagi. Dah makin dalam parut tu"
Eisya, adik aku menyapa dari belakang.
"Ahhhh.. biarlah.. kaki Along.."
"Suka hati Along la.. orang risau dia, dia layan camtu lak...malassssss tul la.."
Aku kembali menyendiri.. memang aku lebih suka menyendiri.. sikap aku yang periang, suka bercanda gurau dan suka ketawa dah mati.. bersama matinya kenangan dan kisah silam aku. Aku jadi pemurung dan benci dengan hilai tawa orang sekeliling. Aku jaki. aku dengki dengan kebahagiaan orang lain. Aku busuk hati dengan senyuman hipokrit semua orang. Pandangan aku pada dunia ni jadi kelam.. semua perkara jadi salah. Semuanya menyakitkan hati.
----------------------------------------------------
"Mia! Congrats!!!.. "
"Thanks.." senyuman aku melebar. Ucapan Tahniah bertalu-talu datang. Hari ini aku rasa bagaikan puteri, mana aku pergi, semua orang senyum untuk kejayaan dan kebahagiaan aku. Bonus 6 bulan dah terbayang-bayang dalam benak kepala setiap staff yang dah maklum berita gembira tu.
Aku berjalan penuh yakin masuk bilik GM. Encik Murad menanti dengan senyuman lebar. Dokumen dalam fail hijau aku serahkan pada Encik Murad.
"Duduk Mia.."
"Thanks.."
"Congratulations... " ringkas ungkapan itu. Penuh makna.
"Its my duty, and our commitment, Encik Murad."
"Yes.. saya faham. Kita kena make sure projek ni jadi first trademark kita... and Mia.."
"Ya.."
" The share is yours.. as promise."
Senyuman aku semakin melebar.
" Geez.. thanks bos.."
"And that means you kena ikut I masa meeting board director next month. Mesti diorang pun tak sabar nak jumpa you."
" Can't wait!.. anyway, will you excuse me bos, I have department meeting after this.. show must go on eay.."
" proceed please."
"Thanks."
Langkah aku kemas meninggalkan bilik Encik Murad.
BUKKKKK!!!!
"adoi!!!!!"
Tergaman aku seketika sambil menggosok-gosok dahi.
"Sorry... Cik Mia OK?"
"Awak ni... jalan tu mata tengok la depan... " aku teraba-raba mencari cermin mata yang jatuh.
"nah.. saya pakaikan.. maaf sangat2.. nak cepat tadi..."
"dah dah dah... saya pakai sendiri.." aku rentap cermin mata dan terus berlalu... mood yang tadi gemilang terbilang, tiba-tiba mendung.. malu sangat sebenarnya sbb aku tersembam ke dinding dek dilanggar mamat sorang tu. Laju betul dia jalan sampai tak sempat brek elak aku yang baru keluar dari bilik Encik Murad. Siapa mamat tu... ah lantak la.. langkah dilajukan. Menahan antara malu dan marah. Aku terus masuk bilik mesyuarat. Aku ambil nafas panjang sebelum melangkah.
Mesyuarat berjalan lancar. Tugas masing-masing dah jelas dan Gantt Chart dah mula menampakkan progres yang positif. Ada beberapa konflik yang masih belum selesai. Kontraktor pembekal masih dalam senarai panjang, kontrak lama pun masih ada yang belum selesai. Tapak projek kena pecah tanah minggu depan, persediaan masih sangkut-sangkut. Nak panggil menteri datang rasmi pulak tu. Aku picit dahi yang berdenyut.. masih terasa sakit akibat tersembam ke dinding pagi tadi, ditambah dengan masalah yang belum selesai. Aku susun fail dan dokumen, letak di sisi meja. Jam dah menunjukkan 12.30 tengahari. Perut mula berbunyi minta diisi. Baru teringat nasi lemak yang aku beli pagi tadi. Masih tersimpan dalam laci. Tak sempat nak jamah pun..
"Jadilaaaaa... malas nak keluar gi makan...."
baru nak menyuap, telefon bimbit berbunyi..
"Kasya, I baru nak suap nasi lemak pagi tadi.. lapar.."
"Ops.. sorry.. I nak ajak you keluar lunch.. jom la.. I tunggu kat bawah ni.."
"Ala.. malas la nak keluar.."
"You ni kan.. ada sakit perut makan nasik lemak basi tu kang baru tau.."
"Elok lagi la... mana ada basi.."
"Elok lagi la... mana ada basi.."
"Dah... 3 minit you tak turun I naik dukung you turun..."
Eii.. geramnyaaaa.. dia saja nak menang.. ikut hati memang malas nak turun.. Kasya.. kalau dia cakap, memang dia akan buat.. gila.. memang dia suku gila.. tapi itu yang buat aku separuh mati sayangkan dia. Heh.. aku pun gila kut...
----------------------------------------------------
"Ahad pun keje ke Mia..."
"Ye la mak... ada keje tak siap lagi ni.. esok Menteri nak datang
" Mak baru ingat nak mintak tolong hantarkan kain ni rumah Mak Cu ko. Nak pakai bulan depan masa kenduri anak Penghulu Jiman..
"Hmm.. meh bagi sini.. Mia lalu depan umah dia nanti Mia singgah.. gerak dulu ya mak..." aku kucup pipi ibu, kucium tangannya dan terus melangkah pergi.
Sebaik pintu ditutup, aku mengundurkan kereta... tiba-tiba 'screeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttt!!! bammmmm!!!!.......... satu bunyi kuat mengejutkan aku.. dari cermin pandang belakang aku nampak satu motor dan satu kereta bertembung.. betul2 di jalan depan rumah. Aku keluar semula dan melihat apa yang berlaku.. pantas tangan mendail 999.
Sambil melayan pertanyaan dan memberikan lokasi kepada operator 999, aku bergerak ke tempat kejadian.. Mak dah menjerit2 minta aku jangan tengok sbb dia tau aku ni mabuk darah.. tapi kedegilan dan rasa ingin membantu membuatkan aku ingkar arahan mak..
kaca bertaburan... pemandu kereta keluar.. berdarah di dahi dan meleleh darah di muka dan tangan..
Motor terperosok bawah kereta.. terseret beberapa meter.. pemandu motor tak ada di sisi motor.. aku jenguk bawah kereta dan nampak ada jasad disitu terhimpit antara tayar kereta dengan motor yang hilang rupa.. dan sejurus lepas tu... BUPPPP!!!... pandangan mata aku gelap...
------------------------
Bau aroma kopi mak membangkitkan rasa lapar aku... terpisat2 aku buka mata.. sunyi... bunyi radio dari bilik Eisya sayu2 kedengaran.
"Makk...." aku memanggil perlahan.. dengan harapan mak mendengar. Kepala aku masih berat.. tapi perut yang berdangdut keroncong lebih pedih..
"Makkkk!!! akak dah sedar!!!!!".. suara Eisya tiba2 memecah kesunyian. Ntah bila dia masuk bilik pun aku tak tau.
Mak tiba tak lama.. dengan langkah perlahan kerana masalah lutut, mak duduk sebelah aku.
Mak usap kepala aku.. lepas tu mak jentik telinga aku....Ädui!!!... makkkkk!!!!"
"Susah sangat ke Mia dengar cakap mak??. Mia tau Mia mabuk darah, tapi nak tolong orang kena langgar!!"...
"Makkkkk..." aku memandang mak meraih simpati..."Mia lapar..."
"Ha... dah petang dah pun. Seharian Mia pengsan.. Pak Mat kata bawak je gi Hospital, tapi Mak tak bagi.. sebab mak tau Mia memang selalu macam ni.. masa Eisya jatuh pokok dulu pun Mia pengsan, Mak kena parut kelapa pun Mia yang pengsan.. dah.. mari makan.. Mak masak ikan sweet sour dengan sayur kubis je.."
"Mak.... Mia sayang mak..." aku peluk mak seeratnya.. tak sanggup mak sedih kerana aku..
----------------
Langkah aku kelam kabut pagi ni.. maklumlah, Ahad semalam sepatutnya aku siapkan senarai jemputan utk majlis perasmian tu bulan depan, tapi memandangkan aku pengsan dengan sengaja, maka kerja tu tertangguh. Terpaksa la aku stayback hari ni.
"Mia... awak OK? Mail kata awak pengsan semalam masa tolong budak kena langgar kereta.. " Supervisor Kanan Bos, En Fadhil menegur aku yang agak pucat pagi ni. Lupa pakai lipstick gamaknya.
"Oh.. saya OK.. cuma masih agak pening.." aku teruskan berjalan menuju meja... "BUPPPPPPPPPP!!!!! Bedebukkkk!!!!... sekali lagi pandangan aku gelap.. tapi hanya utk seketika....
"WOIIIIIIIII!!!!! buta ke!!!!!!!!.. punya luas jalan ni, Cik Mia jugak ko langgar? " Suara Syahira nyaring kedengaran. Aku dah bersimpuh atas lantai dengan sopannya... tangan En Fadhil cuba menarik lengan aku cuba membawa aku berdiri semula.. cepat-cepat aku tepis. Mujur Syahira datang cepat menarik aku.. aku bingkas perlahan.. masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
"Cik Mia.. saya minta maaf.. maaf ya.. saya tak sengaja. saya nak cepat hantar fail ni kat bilik GM, memang tak perasan sangat.. saya.. err.."
bersambung.

No comments:
Post a Comment