Monday, September 7, 2009


Selamat berpuasa dan Selamat menyambut hari lebaran yang kurang 15 hari je lagi.. sedih sgt nak tinggalkan Ramadhan tahun ni.. memang terasa lain ramadhan tahun ni sbb ni last Ramadhan aku ngan adik pompan aku zura.. thn depan time ni InsyaAllah dia akan bergelar ISTERI owang.. mudah-mudahan jodoh dia dipermudahkan... insyaAllah...


Gambar bunga ni pinjam dari blog Adhadi Mohd.. gambar diorang bird hunting...

Thursday, June 11, 2009

tukar department

Finally got a transfer letter.. tukar ke bhgn kewangan.. alhamdulillah.. semoga dapat ilmu yang bermanfaat di mana jua aku ditempatkan nanti. terus terang.. aku memang sayang dan selesa dengan tempat sekarang.. tapi aku kena gak fikir masa depan..takkan nak dok takuk lama sampai pencen.. so kena carik alternatif utk peluang naik pangkat dan lain2... nak naik pangkat bukan senang.. kena pakai ilmu.. bukan ilmu bodek.. tapi pengetahuan yang membantu dalam isu2 seharian.. yg aku nampak, aku kena kuasai bhgn kewangan dengan cepat... then beralih pula ke sumber, then khidmat pengurusan.. carik lubuk ilmu..

amacam.. ada yang nak ikut? jom arr hehehe

Monday, May 25, 2009

rasajiwa=> title cerita ni tak final lagi.

Aku kopek sikit2 keruping luka di kaki.. berdesis dengan muka berkerut-kerut menahan nyilu.

"iskkk.... ssss.. adessss.... luka balik dah.."

Pantas mencapai tisu yang dah berbintik2 dengan darah dan nanah.. aku tekap luka yang kembali berdarah. Terbatal niat nak kopek keruping.

"Long.. kenapa kopek luka tu. Kan belum baik lagi. Dah makin dalam parut tu"

Eisya, adik aku menyapa dari belakang.

"Ahhhh.. biarlah.. kaki Along.."

"Suka hati Along la.. orang risau dia, dia layan camtu lak...malassssss tul la.."

Aku kembali menyendiri.. memang aku lebih suka menyendiri.. sikap aku yang periang, suka bercanda gurau dan suka ketawa dah mati.. bersama matinya kenangan dan kisah silam aku. Aku jadi pemurung dan benci dengan hilai tawa orang sekeliling. Aku jaki. aku dengki dengan kebahagiaan orang lain. Aku busuk hati dengan senyuman hipokrit semua orang. Pandangan aku pada dunia ni jadi kelam.. semua perkara jadi salah. Semuanya menyakitkan hati.


----------------------------------------------------


"Mia! Congrats!!!.. "

"Thanks.." senyuman aku melebar. Ucapan Tahniah bertalu-talu datang. Hari ini aku rasa bagaikan puteri, mana aku pergi, semua orang senyum untuk kejayaan dan kebahagiaan aku. Bonus 6 bulan dah terbayang-bayang dalam benak kepala setiap staff yang dah maklum berita gembira tu.


Aku berjalan penuh yakin masuk bilik GM. Encik Murad menanti dengan senyuman lebar. Dokumen dalam fail hijau aku serahkan pada Encik Murad.

"Duduk Mia.."

"Thanks.."

"Congratulations... " ringkas ungkapan itu. Penuh makna.

"Its my duty, and our commitment, Encik Murad."

"Yes.. saya faham. Kita kena make sure projek ni jadi first trademark kita... and Mia.."

"Ya.."

" The share is yours.. as promise."

Senyuman aku semakin melebar.

" Geez.. thanks bos.."

"And that means you kena ikut I masa meeting board director next month. Mesti diorang pun tak sabar nak jumpa you."

" Can't wait!.. anyway, will you excuse me bos, I have department meeting after this.. show must go on eay.."

" proceed please."

"Thanks."


Langkah aku kemas meninggalkan bilik Encik Murad.

BUKKKKK!!!!

"adoi!!!!!"

Tergaman aku seketika sambil menggosok-gosok dahi.

"Sorry... Cik Mia OK?"

"Awak ni... jalan tu mata tengok la depan... " aku teraba-raba mencari cermin mata yang jatuh.

"nah.. saya pakaikan.. maaf sangat2.. nak cepat tadi..."

"dah dah dah... saya pakai sendiri.." aku rentap cermin mata dan terus berlalu... mood yang tadi gemilang terbilang, tiba-tiba mendung.. malu sangat sebenarnya sbb aku tersembam ke dinding dek dilanggar mamat sorang tu. Laju betul dia jalan sampai tak sempat brek elak aku yang baru keluar dari bilik Encik Murad. Siapa mamat tu... ah lantak la.. langkah dilajukan. Menahan antara malu dan marah. Aku terus masuk bilik mesyuarat. Aku ambil nafas panjang sebelum melangkah.


Mesyuarat berjalan lancar. Tugas masing-masing dah jelas dan Gantt Chart dah mula menampakkan progres yang positif. Ada beberapa konflik yang masih belum selesai. Kontraktor pembekal masih dalam senarai panjang, kontrak lama pun masih ada yang belum selesai. Tapak projek kena pecah tanah minggu depan, persediaan masih sangkut-sangkut. Nak panggil menteri datang rasmi pulak tu. Aku picit dahi yang berdenyut.. masih terasa sakit akibat tersembam ke dinding pagi tadi, ditambah dengan masalah yang belum selesai. Aku susun fail dan dokumen, letak di sisi meja. Jam dah menunjukkan 12.30 tengahari. Perut mula berbunyi minta diisi. Baru teringat nasi lemak yang aku beli pagi tadi. Masih tersimpan dalam laci. Tak sempat nak jamah pun..

"Jadilaaaaa... malas nak keluar gi makan...."

baru nak menyuap, telefon bimbit berbunyi..

"Kasya, I baru nak suap nasi lemak pagi tadi.. lapar.."

"Ops.. sorry.. I nak ajak you keluar lunch.. jom la.. I tunggu kat bawah ni.."

"Ala.. malas la nak keluar.."

"You ni kan.. ada sakit perut makan nasik lemak basi tu kang baru tau.."
"Elok lagi la... mana ada basi.."

"Dah... 3 minit you tak turun I naik dukung you turun..."

Eii.. geramnyaaaa.. dia saja nak menang.. ikut hati memang malas nak turun.. Kasya.. kalau dia cakap, memang dia akan buat.. gila.. memang dia suku gila.. tapi itu yang buat aku separuh mati sayangkan dia. Heh.. aku pun gila kut...


----------------------------------------------------

"Ahad pun keje ke Mia..."

"Ye la mak... ada keje tak siap lagi ni.. esok Menteri nak datang
" Mak baru ingat nak mintak tolong hantarkan kain ni rumah Mak Cu ko. Nak pakai bulan depan masa kenduri anak Penghulu Jiman..
"Hmm.. meh bagi sini.. Mia lalu depan umah dia nanti Mia singgah.. gerak dulu ya mak..." aku kucup pipi ibu, kucium tangannya dan terus melangkah pergi.

Sebaik pintu ditutup, aku mengundurkan kereta... tiba-tiba 'screeeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttt!!! bammmmm!!!!.......... satu bunyi kuat mengejutkan aku.. dari cermin pandang belakang aku nampak satu motor dan satu kereta bertembung.. betul2 di jalan depan rumah. Aku keluar semula dan melihat apa yang berlaku.. pantas tangan mendail 999.

Sambil melayan pertanyaan dan memberikan lokasi kepada operator 999, aku bergerak ke tempat kejadian.. Mak dah menjerit2 minta aku jangan tengok sbb dia tau aku ni mabuk darah.. tapi kedegilan dan rasa ingin membantu membuatkan aku ingkar arahan mak..

kaca bertaburan... pemandu kereta keluar.. berdarah di dahi dan meleleh darah di muka dan tangan..

Motor terperosok bawah kereta.. terseret beberapa meter.. pemandu motor tak ada di sisi motor.. aku jenguk bawah kereta dan nampak ada jasad disitu terhimpit antara tayar kereta dengan motor yang hilang rupa.. dan sejurus lepas tu... BUPPPP!!!... pandangan mata aku gelap...

------------------------
Bau aroma kopi mak membangkitkan rasa lapar aku... terpisat2 aku buka mata.. sunyi... bunyi radio dari bilik Eisya sayu2 kedengaran.
"Makk...." aku memanggil perlahan.. dengan harapan mak mendengar. Kepala aku masih berat.. tapi perut yang berdangdut keroncong lebih pedih..
"Makkkk!!! akak dah sedar!!!!!".. suara Eisya tiba2 memecah kesunyian. Ntah bila dia masuk bilik pun aku tak tau.
Mak tiba tak lama.. dengan langkah perlahan kerana masalah lutut, mak duduk sebelah aku.
Mak usap kepala aku.. lepas tu mak jentik telinga aku....Ädui!!!... makkkkk!!!!"
"Susah sangat ke Mia dengar cakap mak??. Mia tau Mia mabuk darah, tapi nak tolong orang kena langgar!!"...
"Makkkkk..." aku memandang mak meraih simpati..."Mia lapar..."
"Ha... dah petang dah pun. Seharian Mia pengsan.. Pak Mat kata bawak je gi Hospital, tapi Mak tak bagi.. sebab mak tau Mia memang selalu macam ni.. masa Eisya jatuh pokok dulu pun Mia pengsan, Mak kena parut kelapa pun Mia yang pengsan.. dah.. mari makan.. Mak masak ikan sweet sour dengan sayur kubis je.."
"Mak.... Mia sayang mak..." aku peluk mak seeratnya.. tak sanggup mak sedih kerana aku..

----------------
Langkah aku kelam kabut pagi ni.. maklumlah, Ahad semalam sepatutnya aku siapkan senarai jemputan utk majlis perasmian tu bulan depan, tapi memandangkan aku pengsan dengan sengaja, maka kerja tu tertangguh. Terpaksa la aku stayback hari ni.
"Mia... awak OK? Mail kata awak pengsan semalam masa tolong budak kena langgar kereta.. " Supervisor Kanan Bos, En Fadhil menegur aku yang agak pucat pagi ni. Lupa pakai lipstick gamaknya.
"Oh.. saya OK.. cuma masih agak pening.." aku teruskan berjalan menuju meja... "BUPPPPPPPPPP!!!!! Bedebukkkk!!!!... sekali lagi pandangan aku gelap.. tapi hanya utk seketika....
"WOIIIIIIIII!!!!! buta ke!!!!!!!!.. punya luas jalan ni, Cik Mia jugak ko langgar? " Suara Syahira nyaring kedengaran. Aku dah bersimpuh atas lantai dengan sopannya... tangan En Fadhil cuba menarik lengan aku cuba membawa aku berdiri semula.. cepat-cepat aku tepis. Mujur Syahira datang cepat menarik aku.. aku bingkas perlahan.. masih terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
"Cik Mia.. saya minta maaf.. maaf ya.. saya tak sengaja. saya nak cepat hantar fail ni kat bilik GM, memang tak perasan sangat.. saya.. err.."

bersambung.


Wednesday, April 22, 2009

Bila April.


Heh.. teringat tajuk lagu Dr Fadzley.. Bila April... takde kena mengena pun dgn blog aku kali ni. Banyak berlaku since last blog.. I bought an apartment.. an affordable one.. location: Vista Sri Putra, Bandar Sri Putra (Putra Mahkota).. for investment and for long term engagement with the bank.. huhuhu...

Kete buat hal masa balik dari kg aritu.. Nyai kena stroke. Semoga Nyai akan sembuh semula.. seperti biasa. Aku sayang Nyai... satu2 nya Nyai yang tinggal.. (Nyai=nenek). Bawak kete gi bengkel.. tapi tade apa2 problem lak kata mekanik tu. Hmm.. Ntahla..

Kamera kecik aku masuk air masa mandi kat Gabai.. huhuhu... nak bawak repair dulu.. kalau takleh repair.. kena la beli baru.. duit lagi. Kamera DSLR aku jual.. nak cover bajet bawak barang balik kampung.. preparation nak pindah umah sendiri la ni. Tak mampu nak tanggung dua rumah.. rumah sendiri ada.. tapi dok umah sewa... aku sayang kat umah sewa ni.. 4 thn aku dok umah tu. Jiran2 baik.. persekitaran sejuk.. atas bukit.. (patut selalu rumah kena petir..) tuan rumah ok, cuma rumah tu kecik sket je (2 bilik) compare umah sendiri yang kena menapak naik tkt 3 (Lowrise).. takpela.. keadaan ekonomi belum mengizinkan utk aku mewah spt sblm ni. ada la rezeki tu nanti..ekonomi agak merundum untuk satu dunia.. termasuk gak tempiasnya kat aku. Banyak terasa bila satu demi satu tanggungan bertambah sedangkan elaun dan OT tak penah bertambah.. harap basic? hmm.. makan loti lorrrr...



anniesulaiman
rasajiwa: uncertain

Thursday, January 22, 2009




















Mei 2007. The day I made a decision to move a step ahead by offering myself into another unit. 6 months later... i discovered that i almost at peak level of having a high blood pressure and heart condition. I get angry easily and severe fatigue at the age of 31... (well.. 32 in next Feb). My back ache everytime i bend over and my neck always give me a crack sound. my stomach full of gasses and i guess my gallstone is pushing my gallbladder to the limit. on other words.. i am dying rapidly. I need to do something.
I have to take an action now or otherwise, i cant even live in my newly bought apartment.. huwaaaa....

its everyday routine
8.30am, downloading yesterday's data and convert to xls, printing yesterday's report for pengarah's last check and converting the approved reports into pdf before emailing them to all state's pengarah and epid officer. chit chat for about 10 minutes while breakfast, in the middle, always a phone call, complaining about this and that, write a report on complain, call to states or district to get a contact person to sent a letter regarding the complainant, wrote a letter, get the officer to sign, later fax to district or states, then post the same letter.

12.00. finished converting downloading data into xls, merging them into 1 files (from 15 states, into 1 huge file that are keep piling each day) and start the cleaning process. (MANUALLY).

2.00 pm, start analyzing the clean data, into table, then give the printed table to officer for summary report.

3.00 attending the calls at the same time from morning till late evening. and repeat the process. by 3pm i usually key in processed data into table and getting them ready for daily's meeting.

4.00 pm. calling district and states about fax status. receive or not. file all the letters and complaints, getting data from other officers for table report.

5.30 pm, daily meeting until late (usually finished at 7.30 pm). this and that, settle at 8pm for me.

that is my routine and its 6 days a week.. (well.. sometimes 7 days a week.. ) forgot to mentioned... my unit is open 365 days a yeas..

anyway... thanks for reading..

just want to express myself... getting out all the anger... fuh.. a bit relief.

love
annie